*Sumber : uncangemas.com.
1. Kijang Emas
* Kita boleh beli dan perolehinya di cawangan Maybank yang tertentu
* Spreadnya adalah 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
* Diingatkan kita TIDAK boleh lock harga dan juga tidak boleh booking
* Kita dikehendaki datang sendiri di Maybank untuk mendapatkannya
* Perlu diingat stok sering kehabisan
* Dan yang perlu diingat pihak bank tidak akan beli semula jikalau tercalar dan yang
sewaktu dengannya
2. OUB
* Kita hanya boleh membelinya di OUB Utama sahaja
* Spreadnya adalah berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar
(2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
* Kita perlulah dapatkan sendiri di OUB
* Sama seperti emas kijang, stok selalu habis
* Kita dikehendaki dan mesti membawa resit asal semasa jual balik dan
* Kita tidak boleh buka sarung
3. Pamp Suisse
* Mengenai emas Pamp Suisse kita boleh beli di kedai emas tertentu
* Spreadnya pula adalah diantara 10%-30% mengikut kehendak pengurus kedai tersebut
* Tetapi kita jangan lupa apabila kita buka sahaja sarungnya maka akan ditolak harga
4. Bunga Raya
* Emas jenis ini pula hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
* Spreadnya adalah 15%-25%
* Ianya sama seperti emas pamp suisse buka sarung tolak harga
5. Barang Kemas
* Yang bagusnya barang kemas adalah ianya boleh dibeli di mana-mana kedai emas
* Harga memang tinggi berbanding pasaran
* Spreadnya pula adalah 20%-40%
6. Dinar Emas Kelantan
* Dinar Kelantan boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan
* Masalahnya stok adalah terhad dan selalu kehabisan stok
* Spreadnya adalah 10%-15%
7. Public Gold & Public Dinar
* Emas PG boleh dibeli daripada mana-mana ejen Public Gold.
* Spreadnya rendah 5%-6% sahaja jika dibandingkan dengan emas-emas lain
* Dijamin beli balik walaupun telah dibuka sarungnya, kemek, calar dan sebagainya
asalkan berat masih sama
* Kita boleh booking dan lock harga yang kita kehendaki
* Yang paling penting emas PG dinilai oleh assayer emas yang
bertauliah
* Emas PG disertakan bersama dengan Certificate of Authenticity
* Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen
sekian Terima Kasih, Kita jumpa lagi…
Post a Comment