Please Click LIKE

old post : Wednesday, 07 Sep 2011 12:00:02 AM (Malaysia) / Petikan ARKIB : 03/09/2000 www.utusan.com.my

Dengan Hantaran RM 2 RIBU dah jadi RM 11323 sekarang… Kaya kaya kaya!

Pengakuan Marlia Musa pada hari pernikahan – “M.Nasir ialah cinta pertama saya”

ARKIB : 03/09/2000 www.utusan.com.my

WANG dinar emas menjadi mas kahwin M. Nasir kepada Marlia.



Mulai tahun depan mereka bukan saja akan menyambut hari itu sebagai Hari Kebangsaan tetapi juga hari ulang tahun perkahwinan mereka.
“Ia adalah satu tarikh yang senang diingat,” seloroh Marlia apabila ditanya kenapa mereka memilih tarikh itu.
Tetapi artis berusia 33 tahun itu kemudian menambah, mereka memilih tarikh 31 Ogos kerana kesesuaian masanya.
Kisah cinta M.Nasir, 43, dan Marlia hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu, dan mereka kemudian memilih untuk bersama sebagai suami isteri.
Ini merupakan perkahwinan kedua M.Nasir selepas kematian isterinya Junainah Johari, manakala Marlia menamatkan zaman gadisnya.
Majlis akad nikah pasangan itu diadakan di rumah Marlia di Subang Jaya pada hari Khamis lalu ketika seluruh rakyat Malaysia bergembira merayakan Hari Kebangsaan.
Mereka selamat diijab kabulkan dalam suasana yang serba sederhana tetapi meriah. Marlia berwalikan sepupunya Muhammad Aris Jailani. Bapa kepada Marlia, Musa Albakri sudah lama meninggal dunia.
Kebanyakan 500 orang jemputan yang hadir merupakan keluarga terdekat pasangan itu termasuk rombongan keluarga M.Nasir dari Singapura.
Keluarga M.Nasir dari Singapura yang turut hadir pada majlis itu ialah bapa, abang dan kakaknya. Ibu pengantin lelaki tidak hadir khabarnya kerana masalah kesihatan.
Bagi majlis akad nikah tersebut, M.Nasir membawa tujuh dulang hantaran berbalas dengan sembilan dulang hantaran daripada pengantin perempuan.
Setiap hantaran dihias dengan begitu cantik terdiri daripada barangan diri seperti pakaian, barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM10,000 dan jam tangan. Wang hantaran daripada pengantin lelaki ialah sebanyak RM20,000.
Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.
Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.
Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana ‘ingin kembali kepada tradisi Islam.’
————————————-
Tapi 1 Dinar pernah  melambung ke RM 871.00 pada Wednesday, 07 Sep 2011 12:00:02 AM (Malaysia)

Walau bagaimanapun harga Dinar sedikit turun pada bulan ini..dijangka naik seperti Harga di atas juga jika mengikut trend .
 
Harga Dinar GCP pada hari ini 29 Mei 2012 ialah RM771 update Dinar 999.9 RM 814 /pc Kemaskini pada :31 Jan 2013 - 09:38:04
------------------------------
"Kerana M.Nasir ‘ingin kembali kepada tradisi Islam.’ mari kita lihat betapa untungnya Marlia Musa jika dinar itu masih disimpan oleh Marlia.. nak tau berapa untung.. mari kita kira"

13 Dinar darab rm 871 = RM 11323

WooooW…. Dari RM 2000 Dinar tersebut dah jadi RM 11323 .. MasyaAllah

RM 11323 – RM 2000 = RM 9323 <- Pertambahan nilai hampir SEPULUH RIBU tu..


Sekarang ni.. dengan RM 2000 kena tambah sikit lagi untuk kita dapat beli 3 keping Dinar ( RM771 X 3  =  RM2313).

Itupun bagi yang bijak dan cepat bertindak beli pada harga yang rendah sekarang. Sepuluh tahun lagi anda akan buat analisis ini lagi.

Tak rugi ..Beli lah sekarang.
*Pasti dalam hal lain juga Untung banyak.. jika kita ikut Islam atau kembali kepada Islam
** Jika anda ingin melangsungkan perkahwinan. Apa kata anda jadikan Dinar Emas sebagai bayaran Mas Kahwin kepada bakal Isteri anda.





0 Response to 'Untung Kahwin Guna Dinar : M.Nasir & Marlia Musa Hantaran Dinar Emas'

Post a Comment